// Strawberry Cupcake


Hello World! Im atin and im 13 years old from Malaysia. Nice to meet you guys.


► My Biography
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
Lili dan Hati
Isnin, 12 November 2012 | 9:17 PTG | 0 Sweet Cupcake


Ini Lili.Lili punya hati yang merah dan cantik sekali.Lili membawa Hati kemana-mana sahaja Lili pergi.bonda Lili pesan,Lili mesti sentiasa jaga Hatidan bawa Hati kemana sahaja Lili pergi.Kalau tidak Lili akan jatuh sakit''.Lili anak yang baik.Lili selalu ingat pesan bonda Lili itu.
Semakin hari,Lili berjumpa dengan ramai kawan.Dan semakin hari Lili semakin pelik kerna kebanyakkan kawan-kawan Lili tidak membawa Hati bersama mereka.Malah,mereka masih sihat dan hidup lebih senang kerana tidak terbeban membawa Hati kemana-mana.
Lili pula semakin lupa akan pesan bonda Lili dan Lili meninggalkan Hati di tepi jalan raya.Lili ingin hidup senang seperti kebanyakkan kawan-kawan Lili.Lili yakin,Lili bisa hidup sihat tanpa membawa Hati bersama.


Semakin hari,Hati menjadi semakin kotor dek debu dan berhujan panas di tepi jalan raya.Warna Hati sudah tidak merah dan tidak cantik sama sekali.

Memang hidup Lili lebih senang kerna Lili tidak perlu membawa Hati bersama.Akan tetapi,Lili merasakan hidup Lili kosong.Lili berasa,Lili tidak sihat seperti dahulu kala.Lili.....perlukan hati kembali.









Lili kembali ke tepi jalan raya mencari Hati.Alhamdulillah,Lili masih tidak terlambat.Hati masih disitu.Tetapi malangnya,Hati sudah tercemar dan tidak bersih lagi.








Lili amat duka dan sesal.Lili kemudian berlari dan segera membersihkan kotoran degil dan debu-debuan yang melekat pada Hati.Walaupun sukar,tetapi Lili yakin Hati akan kembali merah dan cantik seperti dahulu kala.

















Akhirnya,berkat penyesalan dan ketekunan Lili,Hati menjadi semakin cantik dan berseri-seri.Lili tidak berasa kekosongan lagi kerna ......Hati ada bersama.
Lili pesan:


di dalam hati sebenarnya ada fitrah

dan fitrah hati adalah Islam.

sebab itu kita perlu sentiasa menjaga hati kita,kerna apabila kita menjaga hati,bermakna kita juga menjaga Islam bersama.

Kita sering merasa beban dengan Islam,lalu ditinggalkan dan dibiarkan Islam begitu sahajademi mencari kesenangan dunia.

Lama-kelamaan Islam kita menjadi kotor dan tercemar.

Maka kita akan merasa kekosongan dan tidak selesa kerna kita telah membuang fitrah hati kita yang memerlukan Islam.

Bertuahlah kerna kita berjaya mencari kembali Islam kita sebelum terlambat.

Ketika itu,bertaubat dan sucikanlah  kembali Islam kita,dan yakinlah.........

"Maka sesiapa bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan(curi)itu memperbaiki amal usahanyaSesungguhnya,Allah menerima  taubatnya,kerna Allah Maha penganpun lagi Maha Mengasihani.."[5:39]

copy paste from:Farah Lee

thanks bnyak2 ye..maaf copy x bagitau...hehehe